Update: Happy Birthday!

Assamualaikum semua!  :-)

Bulan Februari ni adalah antara bulan yang special bagi aku sebab 11 Februari yang lalu adalah ulangtahun yang pertama blog afique.com ni! weeehooo priiittt pruuttttt! *belon terbang2, siap ade asap dry ice lagi* :P Aku ingat lagi, mase nak register domain afique.com ni, aku lupa password online banking Bank Islam aku. Aku pon pinjam la account Maybank2U mama pergi bayar registration untuk domain afique.com ni. Lepas tu pergi cucuk duit, bayar cash dekat mama. Terima kasih mama! :P

 

Bulan Februari ni jugak merupakan bulan kelahiran aku! Jeng jeng jeng! Mesti korang taktau kan. HAHAHA! Well, Aku malas la kan nak bagitau orang yang sekian-sekian-sekian tarikh adalah birthday aku, sebab nanti mesti bersepah orang wish aku sampai tak terlayan. ECECEYYY! hahaha sorry ter-bajet pulak.  :D

Reason sebab aku tak bagitau orang bile birthday aku, I mean, orang alam maya e.g facebook, is because diorang wished you because of the reminder coded into the facebook, bukan sebab diorang actually ingat your birthday pon. Sila jujur. Sebab aku pon tergolong antara orang yang macam tu. hehe  :P

 

Facebook’s birthday reminder aka pembantu ingat birthday member-member supaya member tak tacing.

That’s why sesapa yang add aku on facebook, bila korang bace post ni, korang cakap korang tak nampak birthday aku dekat reminder. Sebab aku tak appear kan tarikh birthday aku dekat facebook. Aku bukan ape, korang tak rase ke this weird feelings, bila orang wish korang sebab reminder dekat facebook tu? Bukannye sebab diorang ingat?

Kalau reminder dekat handphone tu lain cerita, sebab, atleast, nampak lah effort orang tu save tarikh birthday kita dekat dalam calendar handphone die. Ni tak. Facebook yang ingatkan which sebenarnya kita yang ingatkan facebook birthday kita sebab kita yang isi form tu, secara tidak langsung sebenarnya kita yang ingatkan birthday kita dekat orang lain through facebook. Nampak kan?

Lagi sakit hati bila orang tu wish korang, “HB!”. Aku dah, “DAFAK IS WRONG WITH YOU?! Greeting me “Hai Babi!” ?! “.

You guys get my point kan?

Okay okay stop with this ceramah / tarbiah / tazkirah pasal wish birthday dekat orang, nanti ade pulak yang touching dengan aku. Sebenarnya, tujuan patik menulis blog untuk kali ini adalah untuk berkongsi cerita dengan tuan-tuan hamba sekalian, tentang sambutan birthday patik pada 17 Februari yang dah nak masuk 18 Februari hari Jumaat lepas.

This year sambutannya agak berbeza, dan agak special, sebab my special one yang arranged sambutan ni. Si teman wanita dan rakan rakannya lah yang plan the whole things.  hee. Fun fact, ni first time aku sambut birthday aku dengan teman wanita aku.  :-) Kitorang sambut dekat restoran ape entah dekat bangi tu. Cop, nak kate Sungai Ramal pon boleh jugak. Senang citer, restoran tu area area situ jugak la.  :P Diorang yang beriya lapar dari pagi tak makan lagi. So aku bawak la diorang pergi restoran tu. After makan – makan suma, then si teman wanita aku ni cakap nak pergi toilet. Dia ajak kawan dia, Yana, temankan. Honestly, memang aku tak expect langsung at that time diorang pi ambik barang semua. Kalau aku tau, memang aku dah sergah dah dari belakang. haha  :D

Masa tengah tunggu si teman wanita dengan Yana ni balik from toilet, si teman wanita hantar text message, wish happy birthday semua like other girls would do dekat boyfriend diorang. Masa tu jugak la si teman wanita ni dengan Yana datang with this huge box of cupcakes (sebenarnya takde la huge mana pon. Standard je aku rasa. Cuma aku je exaggerate lebih sebab first time dapat cupcakes), sambil nyanyi lagu happy birthday tu. Memang aku dah segan gila la kan. Public kot! Orang sume pandang. Aku rasa memang muka aku dah merah gila dah time tu. haha  :D

Diorang pon bukak la kotak cupcakes tu. Letak lilin semua pastu nyanyi lagu happy birthday. Terharu, sedih, malu, suka semuanya ada lah time tu. Perasaan bengang pon ada jugak! hahahaha. Mane tak nye, diorang boleh bantai pakai this lilin yang un-tiup-able punya. Siot je! Mula – mula aku tak perasan tau. Aku tiup je la. Sekali tak padam. Aku pon tiup je la dengan bersungguh – sungguh sampai bagi lilin tu padam. Sekali diorang boleh bantai gelak sebab lilin tu memang tak akan padam. hahahahahaha  :D Okay takpe this time you guys got me. Tunggu turn korang pulak. haha  :P

Ni lah cupcakes nya. Manchester United yang mahal tu! GLORY GLORY MAN UNITED!


Sorry muka excited tak pernah dapat cupcakes.  :P

Si teman wanita pon bagi lah beg kertas dimana terletaknya birthday present untuk aku kat dalam tu. Tak kan aku nak bukak time tu kot en. Memang sampai rumah la baru bukak citernye. haha.  :P

Bila aku sampai rumah, cepat – cepat aku lock kereta, lock gate rumah, pintu rumah, tutup lampu hall, dapur semua terus masuk bilik. Nampak sangat gelojoh. hahaha  :D Long story short, ini lah birthday present aku;

 

 

Siap lukis muka aku tu weh! Sweeeeeeeeeeeet jeee teman wanita aku ni lukis muka teman lelaki dia.  :love: :love: :love: Dia kate, ni gambar aku paling menjadi favorite dia. Pelik aku. Sedangkan aku sendiri pon tak suka gambar aku yang ni. :D

 

Gambar sebenar. hahaha  :D

Dalam beg kertas tu ada lagi satu present untuk aku. Ni ha present nye.  :-)

 

Terima kasih awak!  :-) :love: :-) :love: :-) :love:

Aku tahu, some people might say, “Ala, mula-mula bercinta memang la semua nya indah.”. Aku pernah jumpa orang macam ni. Okay lah at first tegur memang aku tak kisah la. Bahkan aku dengar sebagai nasihat. Tapi kalau dah kalau aku saje-saje update status aku sayang girlfriend aku dekat facebook, tiba-tiba kau pon nak semak sekali dengan ayat-ayat kau macam tu, come on la. Memang aku delete ah kan. Pastu nak cover line baik punya, tulis comment baru tapi tak berbaur macam comment yang dah kene delete tu. I dont know what is wrong with this kind of people. Bila benda sama kau ulang banyak – banyak kali, people get annoyed tau. Lagi – lagi kalau kisah cinta sendiri pon entah kemana.

Lantak pi dengan apa orang nak kata, aku tetap nak cakap yang aku sayangkan girlfriend aku as #3 dalam hati aku. :love: :love: :love:  Insyaallah hubungan aku dengan girlfriend aku ni tak ke laut. Tapi ke jinjang pelamin. INSYAALLAH.  8)

 

 

p/s: Bila aku baca balik post ni, aku rasa macam baca blog perempuan doh. Bukan macam baca blog afique.com. hahaha layankan ajeeeee.  :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “Update: Happy Birthday!

  1. afiqqqqq, happy belated befdey!! jujur aku ingat befdey kau bulan dua tapi aku confuse 17hb or 18hb.. then tak wish lah hahahaha! kau pun bukan kisah kan yelah wish gf jelah yang important kan. hahahahaha ayat nak touching. btw, all the best lah untuk afique.com ni. jangan biar 1 tahun je dah stop menulis… keep it up :)

    btw aku dah private blog, so i need your email sbb nak jadikan invited readers. bagi kat facebook okay! manalah tahu kau tetiba nak baca blog aku kan. hahahaha k bye :)

    oh, si teman wanita namanya apa? aku doakan korang kekal sehingga akhir hayat hendaknya. kahwin mesti jemput aku! Wajib.

    • afique on

      awwwww kire ingat jugak la tu walaupon dekat2 je. :P haha aku pon bukan jenis kisah pon orang wish ke tak. kalau ikutkan, mmg aku tak ingat birthday aku. nasib baik ade family aku dengan girlfriend. hihi :P

      thanks aina. :-) ainakhani.blogspot dah berape tahun dah? haaa patutlah! ingatkan dah taknak kongsi cerite dah. haha. nnti aku bg kt facebook k. :-)

      haha sibuk nak tahu. :P name die attiqa. :oops: thanks aina. :-) insyaallah. :-) kau lah yang paling wajib kene jemput! hahahaha :D

  2. Best nya , tahniah tahniah. Happy belated birthday ! hehe . Ehhh , pandangan aku pun sama mengenai facebook birthday notification tu , aku pun hide birthday aku . hihi . Btw , teman wanita kau cute !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: