Tutorial: Jenis Ikatan Tali Leher Dan Cara Mengikatnya.

Tutorial untuk hari ni, aku nak tunjukkan cara bagaimana untuk mengikat tali leher mengikut jenis-jenis ikatan tali leher tersebut. Seperti biasa, kita go through dulu jenis-jenis ikatan tali leher ni shall we.  :-)

Terdapat empat jenis ikatan tali leher iaitu Four in Hand Knot, Pratt Knot, Half Windsor Knot dan Windsor Knot. Setiap ikatan ini mempunyai ciri-ciri unik mereka tersendiri untuk si pemakai dan juga bergantung kepada fabrik tali leher tersebut.

 

1. Four In Hand Knot.

 

Ikatan Four in hand ini membuatkan tali leher tirus, dan sedikit asymetrical. Ikatan ini sesuai dipadankan dengan baju kemeja berbutang di kolar ( button down collar dress shirt ) dan sesuai diikat menggunakan tali leher yang berfabrik tebal.

Ikatan ini sesuai dipakai untuk semua, tetapi lebih nampak menarik apabila dipakai oleh lelaki yang berleher pendek.

 

Langkah-langah.


Pilih mana mana tali leher, dan berdiri di hadapan cermin. Gambar rajah adalah seperti anda dalam cermin tu.  :-)

 

 

1. Bajet bajet tali leher anda seperti dalam gambar rajah. Pasti kan wide ( W ) berada 12″ bawah daripada narrow ( N ). Ikut sendiri la. Kalau badan pendek, agak agak la paras yang sesuai dengan badan.  :-)

2. Silangkan W ke atas N.

3. Kemudian, tarik W ke belakang N.

4. Tarik balik W ke hadapan N.

5. Bawa W ke loop sambil meletak dua jari di knot. Letakkan jari tu optional. Ini untuk menyenangkan anda masa nak masukkan W ke dalam knot nanti.

6. Tarik masuk W kedalam knot yang dah diletakkan jari tadi.

7. Kemas kemas kan sedikit ikatan tali leher. Oh lupa, tarik keluar dua jari anda dari loop tengah tadi.  :P

Siap.

 

***************************************************************************************************************

 

2. Pratt Knot.

 

Pratt knot atau Shelby knot adalah ikatan tali leher yang kemas dan lebar. Prat knot ini sesuai untuk tali leher yang berfabrik ringan dan medium.

 

Langkah-langkah.

 

 

1. Letakkan tali leher dalam position bahagian dalam berada diluar dan laraskan tali leher seperti dalam gambar rajah.

2. Silangkan W di bawah N.

3. Masukkan W ke dalam loop.

4. Ketatkan loop tadi.

5. Kemudian bawa W ke kanan.

6. Tarik W masuk di belakang loop.

7. Masukkan W ke dalam knot. Ketatkan knot, kemaskan.

Siap.

 

***************************************************************************************************************

 

3. Windsor Knot.

 

Windsor knot ni adalah ikatan tali leher yang tebal, lebar dan knot nya berbentuk segi tiga. Ikatan ni menampilkan keyakinan diri si pemakai. Windsor knot sangat sesuai digunakan untuk interview kerja, presentation dan sebagainya.

Windsor knot sesuai dipadankan dengan kemeja yang berkolar lebar ( spread collar dress shirt ).

 

Langkah-langkah.


 

1. Okay aku dah malas nak type bende yang same untuk first step. Refer to gambar rajah.  :P

2. Silangkan W ke atas N.

3. Tarik W ke dalam loop.

4. Kemudian tarik balik W ke bawah.

5. Bawa W ke belakang loop.

6. Pusing dan tarik W ke sebelah kiri pulak.

7. Masuk balik W ke dalam loop.

8. Tarik W ke dalam knot.

9. Ketatkan dan kemaskan knot.

Siap.

 

***************************************************************************************************************

 

4. Half Windsor Knot.


Half windsor knot ni light version from Windsor knot dan ikatan ni sesuai untuk semua jenis dress shirt. Half windsor knot padan digunakan dengan tali leher yang berfabrik ringan dan medium.

 

Langkah-langkah.

 

 

 

1. Refer pada gambar rajah.

2. Silangkan W ke atas N.

3. Tarik W ke belakang loop.

4. Bawa W ke atas.

5. Dan masukkannya ke dalam loop sambil tarik ke kanan.

6. Tarik W ke kiri melalui atas loop.

7. Masukkan W ke dalam loop lagi sekali.

8. Dan tarik W ke dalam knot.

9. Kemaskan, ketatkan knot.

Siap.

 

***************************************************************************************************************

 

Senang je kan nak ikat tali leher ni?  :wink:

Apa yang perlu diberi perhatian masa nak ikat tali leher ni adalah, fabrik tali leher dan cara nak mengikatnya. Semua orang nak kelihatan kemas dan sharp bile pakai tali leher ni. Taknak la serabut, senget sana senget sini tali leher tu.  8)

Sampai sini sahaja tutorial kita untuk hari ni ye. :wink:

 

Source: Tie-a-Tie

 

For those yang left-handed, macam aku, pandai pandai la ye invert gambo rajah aku tu. haha  :D

 

Aku sekarang ni keliru sikit, ikatan tali leher or simpulan tali leher? hurmm  :x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 thoughts on “Tutorial: Jenis Ikatan Tali Leher Dan Cara Mengikatnya.

      • hihi ,

        ala boyF aku tak pakai tie lah,
        ayah aku pun.
        Adeq aku kat hostel pulak,
        if buat experiment kat adeq aku last 2 mau terjerut leher dea . hahah

    • afique on

      eh senang la. pusing2 lilit2 dah siap.
      rasenye pakai tudung lagi susah kot nak kene center la, tak boleh tajam la nak lilit berape kali la ape laa. haha :D

    • afique on

      hahaha :D
      even orang yang tulis entri ni pon same jugak ikat satu care je jugak. hehe :P

  1. Oh yang cara yg aku guna tu nama windsor knot rupanya. Aku main ikat jer, nama ikatan tu pun tak tau.. :)

    Thanks for sharing

    Thumb up!

  2. aku hentam saja biasanya asal nampak kemas sudah..info menarik nih..baru tahu..ingatkan tali kuda saja ada jenis ikatannya time belajar sejarah dulu..hehehe :)

    • afique on

      kalau tengok memang nampak sama. cuba ikat. setiap ikatan tu rasa dia lain. ntah aku pon taktau macam mana nak describe. haha.
      contoh, pratt knot rasa lebih kemas dan knot dia pon taklah tebal macam four in hand. 8)

  3. Ada macam-macam style rupanya nak ikat tali leher. Rupanya selama ini nama ikatan yang biasa saya gayakan adalah Windsor Knot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: