Selesai.

Salam ┬ákepada semua readers setia dan readers biskut blog aku ni. :P Aku rasa mesti ramai antara korang yang tertanya tanya, “mana pergi afique ni?”, “lame beno die ni tak update entri baru.”, “hidup lagi ke setan ni?”. Actually, aku ada je. Cuma aku tak berkesempatan nak update blog aku, mahupun nak blogwalking. Apatah lagi drop comment. Maaf sangat-sangat. :(

Sepanjang bulan April yang lepas, aku busy siapkan report latihan industri aku. Memang serius aku takde masa nak blog weh. Nak curi masa celah mana pon aku dah taktau. Siang kerja technician dekat Perbadanan Putrajaya, malam baru nak buat report. Sakit jugak ah buat report last minute ni. haha :D

Alhamdulillah, report aku dapat disiapkan dengan sempurna. And interview latihan industri aku pon went smooth. Lecturer takde komen sangat pasal report aku. Means report aku okay la kan? :P Lecturer just tanya macam mana praktikal dekat Perbadanan Putrajaya, staf sana okay ke tak, suka tak kerja dekat sana, ada kene ngorat dengan awek office ke. haha :P

 

 

Memang best praktikal dekat Perbadanan Putrajaya tu. Aku masuk bahagian Infrastruktur ICT. Jadi technician. Keje berjalan jee jumpa user. Mostly user complain pasal masalah komputer yang simple simple je. Contoh macam, “Kenapa setiap kali akak tekan button homepage die tak keluar website PPj eh? Selalu keluar je. Internet problem ke?”, “Adik, kenapa Word akak tulisan die warna hijau?”, “Kenapa I tak boleh nak login portal ni? Dari last week i tried, till now tak boleh jugak.”, “Kenapa Outlook saya asyik keluar message dah full je ni? Saya dah delete banyak dah email-email lama.” dan macam-macam lagi ragam. Alhamdulillah, kebanyakan masalah ni aku dapat settle kan. Yang aku tak dapat settle kan tu, aku pass dekat otai-otai technician PPj ni. :P

Aku ada dua bulan lagi before aku masuk untuk next semester. Daripada aku habiskan dua bulan duduk rumah, makan tido makan tido, lebih baik aku kerja kejap kan? Sekarang ni aku tengah kerja dengan company maintenance, kerja admin. Serius aku rasa sangat perempuan kerja admin ni. Staple kertas, tebuk kertas, susun files, print kertas kerja.

 

 

Maybe sebab aku dah biasa dengan kerja-kerja yang tak melekat dekat kerusi. Lagi best kerja technician. Jalan-jalan jumpa orang, ngeteh lagi. haha. Duduk admin tak boleh ngular lama-lama. Nampak sangat. Kalau technician, bila boss call tanya dekat mana, boleh jawab tengah jumpa user. Padahal tengah ngeteh dekat mamak. haha :D

Insyaallah, starting from now, Afique Dot Com akan beroperasi seperti biasa. Aku pon ada banyak idea nak buat tutorial yang berfaedah ni. Tapi tu lah, faktor masa alasan utama. :P

Sekian. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 thoughts on “Selesai.

    • afique on

      apa yang penting masa latihan industri, muka ada senyum dan rajin tegur pakcik2 makcik2 staf dekat situ. jgn tegur muda2 jee. untung badan diorang ajak siap blanje skali kau ngeteh. haha :D

  1. Memang senior suka belanja anak buah. Jimat duit woh.Tapi kena rajin senyum lah. Jumpa kena angkat tangan. Kena bodek sikit, panggil senior tu bos ke.. ~

    • afique on

      tu ah. muka ada senyum. haha. aku memang masuk office je teros bagi salam kat sorang-sorang. 5 minit lepas bagi salam, teros ajak bfast skali. haha :P

  2. rozie on

    salam..nak tanyer..ader elaun tak wat latihan industri kt situ?adik sy maybe nk mintak jugak kot..tq

    • afique on

      takde elaun. :) tapi pengalaman memang byk boleh dapat dekat situ. sebab diorang bukan handle dalam office je, tapi handle satu putrajaya kan. :)
      adik ambik course ape eh?

    • afique on

      boleh hantar resume dan surat menyatakan saudara/saudari hendak menjalankan latihan industri ke Human Resource PPJ. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: