News: Putus Kaki Kerana Menolong.

 

AMPANG: Keprihatinan seorang lelaki menyelamatkan sepasang suami isteri yang tersepit selepas kemalangan bertukar tragedi apabila dia kehilangan kaki kanan dari paras paha akibat dilanggar sebuah kereta lain, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Ong Kim Koon, 52, dilanggar dari belakang ketika berusaha mengeluarkan Zainal Mohammad, 45, dari Perodua Viva yang dipandunya.

Sebelum itu, Ong berjaya mengeluarkan isteri Zainal, Rosamiah Hashim, 38, selepas kereta dinaiki pasangan terbabit berlanggar dengan sebuah Toyota Vios di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Tesco Ampang, di sini.

Bagaimanapun, ketika Ong mengeluarkan Zainal, dia dirempuh sebuah Toyota Estima dari arah belakang menyebabkannya tersepit pada Perodua Viva berkenaan.

Pemandu Toyota Estima yang melanggarnya pula melarikan diri dari tempat kejadian. Mujur, Ong dibantu beberapa individu lain yang lalu di kawasan itu dan membawanya ke hospital.

Ong yang ditemui di Hospital Ampang (HA) di sini, semalam, berkata sebelum kejadian itu dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pandan Mewah selepas habis bekerja dan melihat dua kenderaan terbabit kemalangan.

“Saya memberhentikan kereta dan turun untuk meninjau keadaan kenderaan itu. Selepas melihat sepasang suami isteri dalam Perodua Viva tersepit dan meronta-ronta sambil menjerit meminta pertolongan menyebabkan saya membantu.

“Selepas berusaha kira-kira 10 minit, saya berjaya mengeluarkan mangsa wanita sebelum meletakkannya di bahu jalan dan memintanya menghubungi polis berikutan dia sedar,” katanya.

Ong berkata, dia kemudian berusaha pula mengeluarkan mangsa lelaki, namun tiba-tiba sebuah kenderaan merempuhnya dari arah belakang.

“Saya tak sedarkan diri selepas itu dan hanya tersedar selepas berada di HA. Saya terpaksa menerima hakikat pahit apabila doktor memaklumkan kaki kanan saya terpaksa dipotong akibat parah manakala kaki kiri saya pula patah,” katanya.

Difahamkan, sehingga lewat petang semalam Rosamiah masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HA, manakala suaminya, Zainal dirawat di hospital sama.

Zainal berkata, dia berterima kasih kepada Ong dan jika tidak kerana tindakan lelaki terbabit membantunya, yakin dirinya dan isteri mungkin maut.

“Saya akan menyaman pemandu kenderaan itu RM2 juta, namun wang itu bukan untuk kegunaannya sebaliknya akan diserahkan kepada rumah anak yatim,” katanya.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, Deputi Superintendan Wan Zaharuddin Wan Omar ketika dihubungi, berkata pihaknya sudah mengenal pasti pemilik Toyota Estima yang melarikan diri itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Source: Harian Metro

 

Sungguh tak ternilai pengorbanan Mr Ong. Kehilangan kaki kanan kerana menyelamatkan dua mangsa tersepit dalam kereta. *sobs*  :cry:

Tapi,

“Saya akan menyaman pemandu kenderaan itu RM2 juta, namun wang itu bukan untuk kegunaannya sebaliknya akan diserahkan kepada rumah anak yatim,” katanya.

 

WTF?! This is apa yang sepatutnya Encik Zainal cakap.

“Saya akan menyaman pemandu kenderaan itu RM2 juta, namun wang itu bukan untuk kegunaannya sebaliknya akan diserah kepada Ong untuk bantuan perubatan dan sebagai tanda terima kasih kerana menyelamatkan beliau dan isteri.”

 

Tapi kena ingat, ini Harian Metro. Hiperbola lebih. :P Apa-apa pon, semoga Mr Ong cepat sembuh.  :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “News: Putus Kaki Kerana Menolong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: